Friday, February 17, 2012

hari ni dia pergi

tak mampu aku nak tipu diri aku yang sebenarnya aku sedang bersedih....dia akan pergi meninggalkan sabah...mungkin tuk jangka masa yang lama. erm....hari ni flight dia pergi Johor jam 1.25pm...mungkin aku akan ke airport airasia tgk dia walaupun berat hati aku. biarpun cintanya bukan untukku tapi aku tak mampu memadamkan rasa cinta aku padanya kerana aku benar-benar dambakan cintanya....ya allah...berikan aku kekuatan ya allah...

disaat ini aku sedang mendengar lagu yang begitu indah dari anuar zain ni...setiap lirik-liriknya aku jadikan ilham tuk menyatakan cintaku padanya....lirik dan lagu ni betul2 menyetuh perasaanku saat ini.....

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu


aku sedar yang dia sudah tolak cinta aku cuma aku mau cakap yang aku takkan berhenti mencintainya....biarpun dia minta aku menerima insan lain....adakah aku mampu??? cinta pandang pertama memang hebat dari segala-galanya.Wan.....yna nak wan tahu yang yna betul2 ikhlas mencintai wan....... :(:(:(

Saturday, January 28, 2012

Dia akan pergi

Bingung, risau, sakit......macam-macam sy rasa sekarang ni....dia akan pergi mencari rezeki di tempat lain....bukan tak merelakan cuma tak tahu kenapa aku rasa tak sedap hati jak ni. mungkin aku takut dia akan lupakan aku atau mungkin juga aku takut dia ke situ untuk mendapatkan cinta dia semula? macam-macam la yang sedang bermain di kepala sekarang ni.... ada otak kotak ada fikir mungkir...dalam jiwa resah dalam hati mati....bayangkanlah betapa aku tak tahu nak buat apa sekarang tapi kata orang let it be. ada jodoh tak kemana.

Thursday, January 12, 2012

Semakin Mencuba Semakin Menyiksa

tak tahu kenapa makin aku cuba lupakan dia makin aku sayang kat dia.Tapi aku sayang juga persahabatan kami.....kalau aku bagitahu dia yang aku masih cintakan dia dah sah2 dia tak suka.dalah sekarang ni terasa makin jauh tapi yang aku tak sangka ni semalam dia bagitahu dia selsema...punya comel....tapi tu lah aku cuba layan dia macam kawan aku bukan special....

Sunday, November 27, 2011

Dadali

kali ni lagu Dadali yang bertajuk disaat aku mencintaimu menjadi ilham aku menulis blog kali ni.....semalam dengar lagu ni dalam kereta....tak tahu kenapa lagu ni sangat-sangat menggambarkan perasaan aku tahtkala ni. baris pertama "mengapa kau pergi disaat aku mula mencintaimu"...punya maksud dan makna yang sangat mendalam tu..totaly aku sangat suka lagu tu....apalah dia sedang fikir skg ni ah.....apalah yang sedang dia buat sekarang ni????seperti biasa angin hembuskan anginmu kepada dia supaya dia tahu aku sedang merinduinya... hahaha....serius lah aku memang da rindu sangat ni kat dia...opss lupa lagi angin nanti pesan dekat matahari ah...temankan dia suapay dia tak rasa gelap dan bisik di telinga dia saya cinta kat dia......

Friday, November 25, 2011

Cuba untuk bertenang

Harapan aku satu jak sekarang ni, cuba untuk menenangkan diri. bukan apa semakin aku cuba melupakan dia semakin tu la aku rasa aku makin dekat dengan dia. ingat pula aku pada kata2 abg aku....jangan sesekali kita cuba untuk melupakan perasaan kita pada seseorang itu ketika kita sedang suka kat dia sebaliknya biarkan saja perasaan otu sebab perasaan itu akan pergi.....erm ye ke??? patutlah.....aduiii.....

mampukah aku menahan perasaan itu sehingga dia berlalu pergi umpama rama-rama terbang bebas di udara. Bodohnya aku kan...boleh2 nya tersuka sama dia.....itulah bagus jangan mula last2 sendiri terperangkap dgn perasaan macam ni. punya saya benci.


bila dekat benci tapi bila jauh rindu....apalah maksudnya tu????"aku sudah jatuh cinta...."....macam lagu semalam aku dengar lah pula....hahahahaha


ginilah bah aku sekarang ni...menunggu dan terus menunggu dia....manalah tahu terbuka hati dia tuk aku walaupun sikit. manalah bah tahu kot2 dia pun ada perasaan sama aku....hahahhaahah perasaan....tapi kan dia da ada girlfriend....:(

macam manalah aku ni????mungkin aku perlu juga lupakan dia kan......rasa suka dan cinta aku tu hanya sementara jak tuk dia...hopefully.




Tuesday, November 15, 2011

lupakan dia sementara

Rasanya lama aku tak coretkan apa-apakan....beberapa bulan ni ada busy sikit. apapun aku nak share sikit ni... aku seperti tak mengenali diri aku sejak dia hadir dalam hidup aku. hari2 aku sakit menanggung rindu pada dia sedangkan dia tak tahu semua tu. Bodohnya aku...kenapa aku boleh suka kat dia....kerja tak tahu kemana...fikiran asyik melayang kat dia....apa besar betul perasaan aku kat dia. Astagfirullahalazim....sampai2 bos aku boleh cakap....mana nina yang dulu, kerja bagus....aku dah semakin down dek tenggelam perasaan cinta yang teramat dekat dia. aku perlu bangun...sampai bila aku nak suka kat dia...dia dah berpunya. lagipun dia tak boleh tahu rasa aku ni kat dia...mmg tak boleh tahu. aku hari2 menghitung hari kehilangan dia...dia akan pergi jauh dari hidup aku...yes perlu jadi macam tu sebab aku rasa bodoh sangat ada rasa macam tu. apapun aku perlu lupakan dia sebab nak fokus pada kerjaya aku dulu....kerja kerja kerja tetap no 1.....

Tuesday, July 19, 2011

tak faham

tak tahu apa yang aku rasa ketika ini....kenapa aku asyik fikirkan dia....hati, perasaan....tak pasti yang aku tahu aku merindui dia....bodohkah aku menyukai dia insan yang perlu aku hormati....kenapa hatiku mudah tuk jatuh cinta....apakah ini yang dinamakan cinta pandang pertama? senyum dan tawanya sentiasa menghantui kotak fikiran sejak pertama kali terlihat dia.tapi untuk apa lagi perasaan ini tuk memilih sedangkan aku tahu kedudukan hati aku sekarang.hati aku sudah dimiliki tapi aku juga ada hak tuk memilih selagi aku belum ada ikatan apa-apa dgn sesiapa.